Posts

Showing posts from June, 2017

resepi laksa

Raya kedua ialah raya yang paling busy sebab nak masak untuk family sebelah ibu yang akan berkumpul kat rumah kitorang. Raya kali ni tetiba hati rasa nak belajar masak laksa sebab sebelum ni takde rasa nak belajar sebab tak suka. kali ni tetiba suka pulak. Tapi resepi ni untuk nak masak untuk ramai orang dalam anggaran 20-25 orang.  Bahan-bahan A 1. Ikan sardin (15-20 ekor) direbus dan ditoskan. asingkan isi dengan tulang lepas ikan dah sejuk sikit. Air rebusan jangan buang.  2. Satu tin besar ikan sardin ( tak kisah brand apa dan hanya ambik ikan sahaja kuah dia tak perlu) 3. Bawang besar 5-10 biji. 4. Serai 5 batang 5. Belacan 2 inci 6. Lengkuas 2 inci 7. taucu anggaran dua sudu besar (yang sudu biasa tau bukan penyukat yang untuk buat kuih atapun kek tu). 8. Cili hijau 7 biji (boleh tambah kalau suka pedas) 9. Ikan bilis anggaran segenggam. 10. 4-8 sudu besar cili kering yang dah diblend ataupun biasanya ibu guna cili puteri yang memang dah siap kisar. Kit