resepi laksa

Raya kedua ialah raya yang paling busy sebab nak masak untuk family sebelah ibu yang akan berkumpul kat rumah kitorang. Raya kali ni tetiba hati rasa nak belajar masak laksa sebab sebelum ni takde rasa nak belajar sebab tak suka. kali ni tetiba suka pulak. Tapi resepi ni untuk nak masak untuk ramai orang dalam anggaran 20-25 orang. 

Bahan-bahan A

1. Ikan sardin (15-20 ekor) direbus dan ditoskan. asingkan isi dengan tulang lepas ikan dah sejuk sikit. Air rebusan jangan buang. 
2. Satu tin besar ikan sardin ( tak kisah brand apa dan hanya ambik ikan sahaja kuah dia tak perlu)
3. Bawang besar 5-10 biji.
4. Serai 5 batang
5. Belacan 2 inci
6. Lengkuas 2 inci
7. taucu anggaran dua sudu besar (yang sudu biasa tau bukan penyukat yang untuk buat kuih atapun kek tu).
8. Cili hijau 7 biji (boleh tambah kalau suka pedas)
9. Ikan bilis anggaran segenggam.
10. 4-8 sudu besar cili kering yang dah diblend ataupun biasanya ibu guna cili puteri yang memang dah siap kisar. Kitorang jarang guna cili kering yang kena kisar sendiri. 

Bahan B

1. Bunga kantan 2 batang
2. daun cenohom ataupun daun yang untuk laksa tu dalam 6-7 batang. 
3. Garam gula secukup rasa

Bahan-bahan hiasan
1. timun
2. bawang
3, cili merah atau hijau
4. limau kasturi
5. fishcake
6. nenas
7. salad

Cara-cara

1. Rebus ikan sardin, toskan dan asingkan isi dengan tulang. blend Isi dulu lepas tu masukkan dalam periuk. Boleh guna air rebusan ikan tu untuk blend. Kalau dah habis boleh masukkan air biasa untuk blend. 
2. Proses kedua ialah blend tulang. benda ni paling susah sebab kena blend sampai tulang tu hancur dan jadi putih. Ulang proses blend banyak kali. Dan masa nak tuang dalam periuk tu kena tapis sebab kita taknak ada yang tercekik pulak kalau tulang tu masuk.
3. Lepas dah settlekan yang atas tu time untuk blend bawang, belacan, serai, lengkuas, taucu, ikan bilis, dan cili hijau. Lepas tu masukkan je dalam periuk. 
4. Masukkan cili kisar
5. Masukkan bunga kantan dan daun cenohom.
6. Biarkan kuah masak dan mendidih lepas tu baru masukkan garam dan gula.
7. Last sekali ialah masa untuk potong segala bahan2 hiasan. 

Tips dari ibu
1, Kuah laksa perlu dimasak selama minimum 2 jam untuk dapatkan rasa yang sedap.
2. Ikan bilis dan taucu tu bahan optional tak letak pun takpe.
3. Lagi banyak bawang lagi sedap.
4. Tips yang terakhir ialah pernah tengok orang lain masak dia akan blend nenas dan masukkan dalam kuah dan ada jugak yang tambah otak udang. 

Comments

Popular posts from this blog

bawal or shawl?

end of holy month

Kuih Kuih