22 jan 2016

pejam celik pejam celik dah tahun 2016..Macam biasa hidup kita penuh dengan jatuh bangun ibarat roda. Tahun ni ialah tahun yang mana kita kena improve dan reflect balik apa yang dah jadi masa tahun 2015. Sebenarnya aku belajar benda yang sangat-sangat penting iaitu improve dulu relationship dengan Allah. Senang di mulut untuk bercakap and senang tangan nak menaip benda ni tapi semua ni mestilah diamalkan. At least kita cuba sama-sama okay..

Bila kita terasa kita jatuh sangat-sangat cepat-cepat ambik wudhu and sembahyang..Mungkin Allah rindu kat kita sebab tu dia bagi kita ujian yang sangat berat. As for me, dugaan tahun 2015 sangat2 la berat. Aku rasa aku jatuh yang amat sangat. Kat luar nampak kuat padahal kat dalam Allah je yang tau.

Pengajarannya ialah tak semua benda kita boleh cerita dekat orang. Kita semua manusia kadang-kadang kita akan jadi bias dan opinion orang lain-lain. Tapi di saat kita rasa macam takde sape tu la sebenarnya Allah nak kita mengadu dekat dia. Sebab Allah yang mengetahui segalanya.

Alhamdulillah aku dapat cari ketenangan tu. Ketenangan yang dah lama sebenarnya aku tak rasa. Aku teringin nak jadi aku yang dulu bukan aku yang sekarang. Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk diri kita, family, kawan-kawan, guru-guru dan semua umat islam. Aku bertawakal sangat2 untuk semuanya pasal jodoh, belajar, result, family dan segalanya la haha..ameenn

Comments

Popular posts from this blog

bawal or shawl?

end of holy month

Kuih Kuih