maathurat

maathurat ialah himpunan ayat-ayat dari al-quran yang dipilih dan macam jadi satu doa..Kita boleh baca watu pagi sekali dan petang sekali...rasa macam teruk sangat diri ni selalu sangat jadikan study and busy sebagai alasan tak sempat nak baca..padahal tau benda ni bagus dan masa asrama dulu sama je sibuk jugak dengan jadual and disiplin yang ketat tapi still boleh je baca kan..

so tak terlambat untuk baca maathurat yang sangat bermanfaat ni dari sekarang..try to be istiqamah with it..so ni nak share ape yang aku baca pasal kelebihan baca maathurat:

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...


saja nak share pengalaman masa sekolah dulu..asalnye memang rasa terpaksa nak baca sebab ni jadi aktiviti wajib selepas asar dan selepas subuh kalau hari minggu..tapi lama2 benda yang terpaksa tu la yang kita rindu nak buat bila kita dah tak duduk asrama dah..sedih sebab dah lama tinggal..

pengalaman amalkan maathurat ialah hidup rasa tenang macam takde masalah..tak kisah macam mana sibuk pun kita still boleh manage hidup kita..sekolah taayah banyak mengajar macam2 untuk aku..aku rindu dengan sekolah tu..rindu dengan kawan-kawan semua la..rindu dengan masakan dewan makan yang superb sedap giler..aku rasa kalau aku cerita semua orang tak percaya sebab makanan dia dah ala ala kenduri dah..hari-hari nasi minyak..sebab tu aku boolat dulu..

Bila baca maathurat kita rasa macam kita senang nak belajar..kita start hari kita dengan wirid doa and masa lepas asar kita end kita punye hari dengan wirid jugak..nampak tak flow dia smooth..so maybe dengan baca maathurat kita rasa ada keberkatan dalam ape yang kita buat dalam sehari...walaupun sehari tu kita study sikit sangat pastu orang lain dah study berlambak dh chapter...tapi kita still rasa tenang je sebab kita tau sempat je lagi ade je masa...

maybe kita baca sikit tapi kita faham apa yang kita baca..ataupun kita still ingat lagi apa yang belajar dalam kelas walaupun kita tak revise lagi chapter tu..nak dibandingkan dengan orang yang baca cepat habis berpuluh-puluh chapter (over kan) tapi maybe dia tak faham pun apa yang dia baca..tula bexanya berkat dengan tak berkat

p/s:just my opinion yekk...lain orang lain pendapat..just nak berkongsi pendapat sendiri dekat blog ni..

Comments

Popular posts from this blog

bawal or shawl?

end of holy month

Kuih Kuih